"Bro Umar call, katanya dia akan berpindah ke 36 Wharenui Road, Khamis malam, selepas Isha'", beritahu Aiman kepada saya sejurus sampai di muka pintu. Alhamdulillah, saya bersyukur. Akhirnya dapat juga dia berpindah, menamatkan period penderitaan yang dialaminya untuk sekian lama di rumah itu. Meskipun tidak dapat membantunya lantaran mempunyai test pada hari Jumaat nanti, saya berharap sahabat-sahabat yang lain dapat meringankan sedikit bebannya. Doa saya, moga beliau peroleh ketenangan di rumah baru itu nanti.
Kuliah Tafsir yang diadakan setiap malam Jumaat (pada 19 April) terpaksa ditangguhkan, lantaran kebanyakan rakyat jelata Christchurch telah berangkat ke Carnival Malaysia di Auckland. Bagi saya, agak tidak adil untuk meneruskannya memandangkan bilangan yang sedikit, kerana dari segi prioritinya, manfaat kepada bilangan yang lebih besar itu lebih utama berbanding yang sedikit.
Pada tanggal 20 - 23 April, kami menjejakkan kaki ke bumi Wellington, dan Palmerston North. Sebuah trip yang saya kira cukup menarik dan menghiburkan. Ketika kami di Massey University di Palmy, kami sempat menemukan Islamic Centre yang tersegam indah berhampiran tasik di sekitar kawasan Universiti. Saya berasa kagum dan bangga dengan pencapaian mereka yang begitu aktif dalam mendirikan tempat ibadah bagi kegunaan pelajar Muslim di situ. Semoga usaha mereka mendapat berkat Allah yang berkekalan.
Malam semalam, Iqbal dan seisi rumahnya mengajak saya untuk makan malam di Nandos. Selepas itu, kami meneruskan 'boys night out' ke puncak Bukit Cashmere, menuju ke pantai Sumner. Pemandangan Bandar Christchurch di waktu malam, dengan disinari lampu-lampu neon memang indah nian dan mempesonakan. We had great time together.
Dan hari ini, saya telah membuat satu analisa ringkas tentang penggunaan masa sepanjang cuti selama 3 minggu ini. Daripada penilaian kasar, saya mendapati masa saya paling banyak dihabiskan di depan komputer. Pelik, tetapi benar. Berikut adalah laman-laman web yang sempat saya kunjungi sepanjang musim cuti ini:
Brothers Camp 2007
Pada entri kali ini, saya ingin membuat sedikit rumusan berkenaan cuti Easter yang mencecah hari terakhirnya pada hari ini. Bermula 7 & 8 April, saya bersama-sama 34 peserta dari Christchurch menghadiri Brothers Camp, yang dianjurkan oleh MUSA Otago di Balclutha, Selatan Dunedin. Meskipun bertemu muka sehari cuma, namun kesedihan di saat berpisah ibarat telah bersama berabad lamanya.Kuliah Tafsir yang diadakan setiap malam Jumaat (pada 19 April) terpaksa ditangguhkan, lantaran kebanyakan rakyat jelata Christchurch telah berangkat ke Carnival Malaysia di Auckland. Bagi saya, agak tidak adil untuk meneruskannya memandangkan bilangan yang sedikit, kerana dari segi prioritinya, manfaat kepada bilangan yang lebih besar itu lebih utama berbanding yang sedikit.
Pada tanggal 20 - 23 April, kami menjejakkan kaki ke bumi Wellington, dan Palmerston North. Sebuah trip yang saya kira cukup menarik dan menghiburkan. Ketika kami di Massey University di Palmy, kami sempat menemukan Islamic Centre yang tersegam indah berhampiran tasik di sekitar kawasan Universiti. Saya berasa kagum dan bangga dengan pencapaian mereka yang begitu aktif dalam mendirikan tempat ibadah bagi kegunaan pelajar Muslim di situ. Semoga usaha mereka mendapat berkat Allah yang berkekalan.
Malam semalam, Iqbal dan seisi rumahnya mengajak saya untuk makan malam di Nandos. Selepas itu, kami meneruskan 'boys night out' ke puncak Bukit Cashmere, menuju ke pantai Sumner. Pemandangan Bandar Christchurch di waktu malam, dengan disinari lampu-lampu neon memang indah nian dan mempesonakan. We had great time together.
Dan hari ini, saya telah membuat satu analisa ringkas tentang penggunaan masa sepanjang cuti selama 3 minggu ini. Daripada penilaian kasar, saya mendapati masa saya paling banyak dihabiskan di depan komputer. Pelik, tetapi benar. Berikut adalah laman-laman web yang sempat saya kunjungi sepanjang musim cuti ini:
- Email (hampir setiap hari)
- Friendster
- Saifulislam
- ESPN
- Youtube
- Footytube
- National Bank
- Webmail
- Canterbury University
- Islam Online
- Utusan
- Paul Tan
- Roslan SMS
Sebenarnya pembacaan tentang sebuah artikel berkaitan kempen menjauhi Friendster, telah membuat saya kembali berfikir dan menilai diri ini di sepanjang tempoh masa lapang yang telah berlalu. Saya tidaklah bersetuju 100% dengan pendapatnya tentang keburukan Friendster, tetapi hujah-hujah yang diutarakan, saya kira datangnya dari benak yang cerdas dan wajar diberikan pertimbangan sebijaknya.
Saya cuba mencongak tempoh kasar berada di hadapan komputer setiap hari. Anggarannya tidak kurang 6 jam! Ini bermakna, 1/4 hari saya dihabiskan di alam maya dunia internet. Apakah yang telah saya hasilkan daripada tempoh yang begitu lama ini? Aduhai, malang sungguh diri ini jika tempoh masa selama itu berlalu tanpa membuahkan hasil yang bermanfaat. Dan tempoh masa saya memegang buku (subjek akademik) jauh lebih sedikit berbanding masa dihabiskan melayari internet. Ini yang saya kesalkan. Waktu lapang seringkali dilupakan sehingga kita benar-benar tersepit dalam kekangan masa yang amat memeritkan nanti. Saya tidak mahu perkara sebegitu berulang lagi...
Malam ini, saya cuba bermuhasabah, koreksi diri akan kealpaan dalam pengurusan masa yang bijak. Benar seperti kata pepatah Arab; "Waktu itu ibarat pedang. Jika kita tidak memotongnya, kita akan terluka dek ketajamannya". Terasa benar penangan kata-kata ini, ibarat panah yang meluncur tepat pada sasarannya. Saya tidak mahu leka lagi. Saya harus bermula...

Tidak ada komentar:
Posting Komentar