Sabtu, 28 April 2007

Suatu perkenalan yang bermakna..

"Brother, you know who knocked my door last night? It was a police officer ", terang bro Umar ketika dalam perjalanan kami ke Unversiti Prayer room untuk solat Subuh. Apalah lagi angkara yang dilakukan oleh perempuan itu, bentak hati saya sendirian. Beliau menjelaskan bahawa Yang telah membuat satu lagi aduan polis, setelah usahanya kelmarin gagal. Kali ini, dakwaan yang dikemukakan ialah kerana bro Umar lewat membayar sewa rumah. Apabila ditanya oleh pegawai itu, beliau menyatakan bahawa pembayaran telah pun dibuat secara online. Tiada isu yang perlu dibangkitkan pun sebenarnya. Cuma, beliau sangat kesal dengan sikap perempauan itu yang terlalu kasar padanya. Itu sahaja. Pegawai itu sebaliknya akan menasihati Yang supaya berkelakuan sopan di masa hadapan.

Saya yakin bahawa bro Umar adalah seorang yang amanah. Lihat sahaja perisian-perisian yang terdapat di dalam komputer peribadinya; semuanya genuine, lengkap dengan CD dan nombor siri. Meskipun salinan percuma program-program seperti Windows OS, Mathlab, Mathcad, Antivirus dan sebagainya mudah didapati dewasa ini, namun beliau sanggup menghabiskan beratus-ratus dolar semata-mata untuk mendapatkan yang original. Di situ sahaja sudah tergambar 'the level of trustworthy' yang ada pada dirinya.

Sehingga pagi tadi, beliau masih lagi mencari rumah atau flat untuk berpindah. Saya cuba membantunya semampu yang mungkin, sebagai memenuhi tanggungjawab seorang Muslim. Masih segar di benak saya akan sebuah kisah di zaman Khilafah Islamiah yang menceritakan betapa hak seseorang Muslim itu dijaga sepenuhnya oleh Muslim yang lain. Pernah suatu ketika seorang perempuan Muslim pergi mendapatkan khidmat seorang tukang besi berbangsa Yahudi. Tukan besi itu dengan sengaja telah menyangkutkan hujung jubah Muslimah itu ke atas sebatang besi. Apabila Muslimah itu bergerak, maka terkoyaklah bahagian jubah itu lalu ternampaklah auratnya. Tukang besi dan orang-orang yang berada di sekeliling tertawa melihatkan Muslimah yang menangis kerana malu itu. Seorang lelaki Muslim, yang kebetulan lalu di situ lantas meluru ke arah tukang besi itu dan menumbuknya sehingga mati. Lalu beberapa pemuda Yahudi yang berada di sekitarnya telah membunuh lelaki tersebut. Sebaik sahaja Khalifah mengetahui akan hal ini, beliau mengisytiharkan perang ke atas golongan Yahudi tersebut.

Apa yang ingin saya fokuskan di sini bukanlah adegan tumbuk-menumbuk atau berperang-perangan, tetapi SIKAP lelaki Muslim yang begitu komited dalam mempertahankan maruah seorang Muslimah. Itulah SIKAP yang sepatutnya setiap Muslim lain contohi, bukan sekadar duduk bergoyang kaki, membiarkan segalanya terjadi, dan merelakan waktu merawat lukanya sendiri.

Saya melihat bro Umar sebagai seorang yang optimistik dan berwawasan. Menyedari populasi bangsa Cina di bumi Kiwi yang semakin bertambah, dan kesannya yang begitu significant, makan beliau sedang berusaha menyempurnakan kursus mempelajari bahasa Cina di Universiti, agar dapat memudahkan dakwahnya kepada mereka. "I take this course for the sake of Allah and da'wah to the Chinese", ujarnya ketika membuat keputusan untuk membayar $2000 NZD bagi mengikuti kursus itu. Bagi saya, itu bukanlah satu keputusan yang mudah. Bukan sedikit pengorbanan yang ditagih dan perlu dicurahkan. Beliau juga pernah menyatakan hasratnya untuk ke China setelah menamatkan PHD dalam bidang Chemistry dalam tempoh 3 tahun lagi. Subhanallah. Semoga Allah merahmati pergorbanannya dalam berjuang menyebarkan Islam.

Setiap minggu, beliau akan dijemput ke gereja-gereja yang pelbagai unutk berdiskusi tentang Islam dan Kristian. Beliau selalu berkongsi ceritanya dengan saya ketika menjemput saya untuk bersarapan di rumahnya usai Solat Subuh berjamaah. Memang menarik. Dalam diam, saya juga mengambil pelajaran daripada apa yang diceritakan. Sekurang-kurangnya dapat juga dijadikan bekalan di kala memerlukan.

Banyak sungguh yang telah saya pelajari sepanjang 'mengenalinya'. Mungkin inilah caranya Allah mahu mengajar hambanya tentang erti kehidupan, iaitu dengan menghadirkan seseorang yang bisa menambahkan 'value' ke dalam diri dan setiap kerja buat yang dilakukan. Semoga persahabatan ini akan terus lestari selamanya, dengan izin Allah. In-shaa-Allah.

Jumat, 27 April 2007

Kesabaran yang berhikmah..


Bro Umar yang selalu menggelar dirinya 'miskin'


"Brother Hanafee, can you please find a place where I can stay with the Malaysian?, I really have to go out from my house in a week time" pinta Bro Umar dalam panggilan telefonnya malam tadi. Dalam hati, saya tahu benar bahawa beliau sangat-sangat memerlukan pertolongan kali ini. Beliau tidak akan meminta pertolongan sebesar itu melainkan penderitaan yang dialaminya sudah sampai ke kemuncak. Beberapa minggu yang lalu, beliau menceritakan tentang perihal seorang flatmate nya, seorang perempuan berbangsa Cina dari Tanah Besar yang begitu kasar layanannya dan langsung tidak menghormati beliau sebagai seorang ahli rumah. Pada permulaannya, beliau tidak punya pilihan melainkan untuk tinggal di rumah itu setelah melihat iklan yang ditampal di papan notis perpustakaan universiti. Namun, sejak tinggal di rumah yang terletak di Wharenui Road itu, 'keramahan' perempuan yang bernama Yee Yang itu sering membuatkan beliau hilang sabar. Entah apa yang dimusuhkan, saya pun tidak tahu.

Pernah sekali bro Umar menjemput saya makan malam di rumahnya. Sedang kami berbual-bual, Yang pulang ke rumah dengan muka masam mencuka. Mungkin dia mengalami tekanan di tempat kerja, desus hati saya,perlahan. Seketika kemudian, Yang keluar dari biliknya dengan tergesa-gesa ke bilik air. Sebaik keluar dari tandas, dia pergi ke dapur, melihat dapur yang agak bersepah (yang saya pasti bukan disebabkan oleh bro Umar), lalu terus menengking bro Umar dengan loghat English yang sangat sukar saya fahami. Saya agak terkejut. Berani dia menengking seorang Hafiz Al-Quran sedemikian rupa. Lalu bro Umar dengan tenang mengatakan "I'm not going to pay for the rent. Please respect me and calm down." Yang tidak menjawab, bahkan terus berlalu ke biliknya. Dia langsung tidak membuka ruang dan peluang untuk berbincang secara sihat dan matang. Pernah juga beberapa minggu sebelum itu, Yang mencampak barang-barang milik bro Umar dari biliknya ke luar rumah. Bukan itu sahaja, dia juga pernah menendang bro Umar yang cuba memujuknya supaya bertenang. Dia juga tidak mahu memulangkan bond rumah yang telah dibayar oleh bro Umar sebanyak $270 dolar. Lebih teruk daripada itu, dia pernah cuba memberikan gunting kepada bro Umar sekiranya bro Umar berani untuk membunuhnya!. Astaghfirullah. Saya pun tidak pasti apakah masalahnya yang sebenar sehingga dia sanggup bertindak sedemikian rupa. Mungkinkah kerana bro Umar mempunyai ramai kawan dan sering menjemput mereka ke rumah? Saya cuba berkira-kira. Namun, jawapan sebenar hanya ada pada diri perempuan itu, yang mana tidak mungkin untuk kami mengetahuinya.

Insiden malam semalam ibarat retak menanti belah. Yang sekali lagi cuba membuang barang-barang milik bro Umar ke luar. Dalam keadaan mempertahankan diri, bro Umar menolak Yang. Dia jatuh ke lantai. Bro umar menyuruhnya supaya bertenang. Dia lalu menelefon kawannya yang sebangsa dengannya, dan kemudian terus menelefon pihak polis dengan pembuat aduan (false report) kononnya bro Umar telah melakukan 'Sexual Harrasment' ke atasnya. Sedangkan jelas, apa yang dilakukan bro Umar adalah untuk mempertahankan diri dan barang-barang kepunyaannya. Polis datang seketika kemudian. Perempuan itu dalam keadaan menangis teresak-esak cuba meyakinkan pegawai-pegawai itu tentang perbuatan bro Umar. Saya rasa pastilah pegawai itu sangat sukar untuk memahami kata-katanya, lebih-lebih lagi apabila dia dalam keadaan yang sangat emosi dan menangis pula.

Namun, menyedari beliau di pihak yang benar, bro Umar menceritakan semuanya dengan tenang. Alhamdulillah, dengan izin Allah, pegawai-pegawai itu mempercayai kata-kata bro Umar lantaran ketenangan dan juga kejujurannya. Saya amat kenal dengan beliau. Jangan sekali-kali bermain api dengannya. Meskipun orang Egypt sepertinya sangat peramah, namun perwatakannya boleh berubah secara drastik apabila berada dalam keadaan marah. Namun dalam hal ini, beliau mampu lagi untuk bersikap tenang dan sabar. Sikap yang saya kagumi apabila berada dalam keadaan tertekan. Di situlah datangnya pertolongan Allah.

Saya cuba membantu beliau dengan memberikan alamat kediaman beberapa orang rakan. Saya tidak dapat mengajaknya tinggal bersama, lantaran perlu terlebih dahulu mendapat persetujuan ahli rumah yang lain. Tambahan pula, kami mungkin akan berpindah ke Uni Hall semester hadapan atau selewat-lewatnya hujung tahun ini. Harapnya, beliau dapat berpindah dalam masa seminggu dua ini. Rancangannya utk berkahwin pada Jumaat depan terpaksa ditangguhkan, sehingga masalah ini selesai. Meskipun bakal isterinya, Nouha masih berada di Egypt, perkahwinan itu masih tetap boleh dilakukan. Beliau akan membawa isterinya bersama pada penghujung Disember nanti. Saya tumpang gembira untuknya.

Saya cuba mententeramkan perasaanya (walaupun saya tidak layak sebenarnya). Saya mengajaknya melihat contoh Sirah Nabi ketika baginda dan para sahabat diseksa dengan teruknya semasa di Mekah, sehinggakan beberapa sahabat tidak tahan lalu memohon izin Rasulullah untuk membalasnya, jawab nabi, bersabarlah kerana Allah masih belum menurunkan wahyu. Hal ini berterusan sehinggalah umat Islam berhijrah ke Madinah, punya kekuatan dan dalam keadaan yang betul-betul bersedia, barulah mereka memerangi kaum Musyrikin. Perang bertujuan mempertahankan diri. Islam ini sifatnya memelihara dignity, juga maruah. Fakta ini juga menjadi hujah menolak dakwaan bahawa Islam itu agama terrorrist. Andai kita dianiaya, kita perlu bertindak mempertahankan diri dan nyawa. Bukan sekadar menyatakan sabar dan terus bersabar. Itu sabar yang salah konsepnya.

Sabar yang sebenar adalah kita berhenti sejenak (pause), untuk berfikir apakah tindakan paling tepat yang patut kita ambil, dan kemudiannya bertindak dengan bijak, sesuai dengan waktu dan keadaannya. Contoh ini sangat jelas ditunjukkan oleh baginda Nabi. Islam itu tempatnya di atas, bukan boleh diinjak-injak sesuka hati. Maka bertitik tolak daripada itu, bro Umar cuba mengatur strateginya, untuk membawa kes ini ke mahkamah, "so that the woman will have to pay for her lie".

Sekilas, timbul pula rasa kasihan dalam kekaguman saya melihat beliau yang banyak sekali diuji dengan cabaran yang seandainya digalaskan ke atas bahu ini, pasti jatuh rebahlah saya ke bumi. Dalam hati, saya terus berdoa semoga Allah memudahkan urusan hidup beliau yang mewakafkan diri untuk berdakwah ke jalan Allah..Allahumma Ameen..



Selasa, 24 April 2007

Perjalanan

Saya amat tertarik dengan nasyid yang dinyanyikan semula oleh ust Akil Hayy dan InTeam..Hayati..




Perjalanan (II)

Urusanku belum selesai
Selagi belum ku temui sinaran-Nya
Hendaknya..dalam perjalanan ini
Kau bekalkan ku Al-Fatihah

Dengarlah suara memanggil bagai bersenandung
Sedarlah perjalan kita hampir tamat

Sampaikan hasratku..pada mereka yang soleh
Katakan ku ingin..bersama memohon keredhaan-Nya

Aku pohon..keredhaan-Nya..
Aku pohon..keredhaan-Nya..


Kami dan Wellington (ii)

Kami bermalam di rumah Nuzul di atas bukit di kawasan Boggletown..jenuh juga memanjat bukit dengan membawa beg serta makanan..terasa bagai hendak tercabut sendi2 di buku lali.. Keesokannya, kami dibawa bersiar-siar di sekitar bandar Wellington..Menarik, memang menarik..




Kami melawat National War Memorial..kebetulan ade diplomat sedang mengambil gambar di pintu utama...maka kami hanya sempat bergambar di bawah sahaja..Te Papa Museum adalah tempat yang amat sesuai untuk dilawati..lantaran sarat dengan informasi berguna serta pameran2 tradisi yang menambahkan ilmu tentang kepelbagaian cara hidup kaum Maori..Seterusnya, kami ke Waterfront..menghadap pelabuhan..tenang pemandangan di situ, diserikan lagi dengan street performance yang menghiburkan..Jam 1 tengahari, kami singgah di Asian Food Court yang terletak di dalam Weelington Market..menjamah nasi lemak yang sedap di bumi Wellington, memang mengundang suatu perasaan yang susah untuk digambarkan..biarpun harganya mencecah $8 sepinggan,namun kami tetap berpuas hati..Alhamdulillah..

Seterusnya, kami bersiar2 di sekitar Campus University..cawangan perakaunan dan undang2..tampak moden dan futuristik..Kami juga tidak melepaskan peluang ke bangunan Parliment yang tersergam indah..namun, malang sekali kerana kami tidak sempat ke bangunan Malaysian High Comission..dek kerana waktu yang mengekang...

Jam 5.30 petang, kami mengambil kereta sewa dan bergerak ke Levin. Setibanya di Levin, kami disambut mesra oleh Dr Shakir sekeluarga..Beliau menyediakan sendiri makan malam untuk kami semua yang berupa nasi minyak...lantaran zaujahnya..kak Fatin yang sedang mengandung..saya sedikit kagum di situ..Selepas makan, kami berbual2 di meja makan...abang Shakir bercerita tentang saham...membuatkan kami tertarik untuk mencubanya..tetapi tunggulah sehingga mendapat kerja nanti... Beliau juga bercerita tentang pengalamannya belajar di Jordan..cukup menarik untuk dikisahkan..bagaimana pelajar Muslimat Mesir mempunyai 'taste' yang tinggi...inginkan pelajar muslimin dari UK berbanding yang ada di sekeliling mereka setiap hari di bumi yang panas itu..huhu.. (bersambung..)

Kami dan Wellington

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Tuhan yang telah memberikan saya ruang dan peluang untuk melihat kebesaran alam ciptaan-Nya yang indah nian ini...Saya baru pulang dari Wellington, melawat sahabat-sahabat, menikmati indah ciptaan Tuhan, dan merebat ukhwah sesama sahabat seperjuangan.

Banyak kenangan menarik yang kami coretkan bersama sepanjang perjalanan saya ke sana selama 4 hari bersama Anas, Fadli dan Bago. Perjalanan kami dimulakan dengan menaiki bas. Kami berhenti di Kaikoura,yang juga terkenal dengan industri Paua collection.

Kami mengalami pening kepala sepanjang perjalanan dari Christchurch ke Kaikoura, lantaran bentuk muka bumi yang berbukit bukau. Namun, pemandangannya tetap indah, ibarat lukisan di kamar yang tenang, biarpun telah beberapa kali melalui jalan tersebut. Kami tiba di Picton kira-kira jam 1 tengahari, lantas menukar tiket untuk menaiki feri pada jam 1.15 tghari. Pengalaman menaiki feri terbesar di New Zealand ini memang menyeronokkan. Kami duduk di atas sun deck, spot yang amat sesuai untuk menikmati keindahan alam sekeliling yang menjanjikan ketenangan..


Perjalanan kami menaiki feri mengambil masa kira-kira 3 jam..Akhirnya, kami tiba juga di bumi Wellington..


Sabtu, 14 April 2007

Life is wonderful

I like the lyrics of this song...so meaningful..I found it in one of my friend's site. Thanx heaps for a reminiscing piece of art...Check out the 3rd track of my play list..



Jason Mraz

Life is Wonderful

It takes a crane to build a crane
It takes two floors to make a story
It takes an egg to make a hen
It takes a hen to make an egg
There is no end to what I'm saying

It takes a thought to make a word
And it takes some words to make an action
And it takes some work to make it work
It takes some good to make it hurt
It takes some bad for satisfaction

Ah la la la la la la life is wonderful
Ah la la la la la la life goes full circle
Ah la la la la life is wonderful
Ah la la la la la

It takes a night to make it dawn
And it takes a day to make you yawn brother
And it takes some old to make you young
It takes some cold to know the sun
It takes the one to have the other

And it takes no time to fall in love
But it takes you years to know what love is
And it takes some fears to make you trust
It takes those tears to make it rust
It takes the dust to have it polished

Ah la la la la la la life is wonderful
Ah la la la la la la life goes full circle
Ah la la la la la la life is wonderful
Ah la la la la

It is so...

It takes some silence to make sound
And it takes a loss before you found it
And it takes a road to go nowhere
It takes a toll to make you care
It takes a hole to make a mountain

Ah la la la la la life is wonderful
Ah la la la la la life goes full circle
Ah la la la la la life is wonderful
Ah la la la la la life is meaningful
Ah la la la la la life is wonderful
Ah la la la la la

It is so...wonderful...
It is so meaningful...
(Fading repetitions)


Jumat, 13 April 2007

The Neglected Sunnah - part 1-

Brothers' Camp 2007, Balclutha, Dunedin



Kala ini, saya masih lagi teringat akan kenangan suka duka ketika menghadiri Brothers' Camp anjuran Muslim Student Association (MUSA) Otago di Balclutha, Selatan Dunedin pada hujung minggu lalu. Pada awalnya, kami menghadapi sedikit kesukaran untuk mendapatkan pengangkutan, kerana saya tidak menyangka bilangan kami, peserta dari Christchurch mencecah 35 orang (melebihi bilangan peserta dari Otago University). Tambahan pula, kami tidak mendapat sebarang bantuan kewangan untuk ke kem ini. Maka saya terpaksa menggunakan senjata rahsia, iaitulah kredit kad untuk menyewa dua buah 10-seater-minibus dan sebuah kereta sewa, sehari sebelum kami bertolak ke kem itu.


Perjalanan kami keesokan harinya bukan juga semudah yang disangka. Setelah kira-kira dua jam di lebuh raya, salah sebuah kereta milik rakan saya overheated. Kami tiada pilihan lain selain meninggalkan kereta itu di stesen minyak BP di Ashburton. Segala langkah keselamatan telah kami ambil, termasuklah mencabut bateri kereta itu dan membawa bateri itu sahaja ke kem. Disebabkan itu, kami telah sedikit tersasar daripada target masa yang ditetapkan.


Kami berhenti berehat setelah memandu selama 5 jam


Sesampainya kami di Dunedin, kami mengambil keputusan untuk berhenti solat di masjid yang terletak di tengah-tengah bandar Dunedin. Sejurus selepas itu, brother Abdul Rahim mengarahkan kami supaya mengikut sekumpulan brothers Arab, terus ke kem itu, kerana mereka mendakwa bahawa mereka tahu lokasi sebenar kem tersebut. Maka tanpa ragu-ragu, kami mengikuti mereka. Namun setelah melepasi bandar Balclutha, mereka masuk ke suatu simpang menghala ke kawasan pedalaman. Kami sememangnya tidak tahu langsung akan tempat yang baru seperti itu. Namun, setelah kira-kira 20 km perjalanan menyusuri kawasan ladang ternakan itu, mereka berhenti di bahu jalan, sambil mengeluarkan peta. Ternyata, mereka telah SESAT!!!..

Saya hampir hilang sabar, kerana ketika itu kami telah memandu selama lebih kurang 8 jam, dan mereka kelihatan begitu bersahaja apabila keluar dari kereta untuk menyemak peta. Mujurlah ade seorang brother, yang kemudiannya kami gelar sebagai 'abang kuaci' keluar dari kereta itu untuk memberikan kami kuaci sebagai penawar untuk membuat kami tenang.

Menyedari yang kami telah sesat, maka kami pun berpatah balik sehingga ke simpang masuk, dan kami mendapati simpang yang sebenarnya adalah simpang pertama yang berikutnya. Sabar, kata hati saya walaupun telinga saya sudah kemerah-merahan..

Jalan masuk ke kawasan kem itu pula berbatu-batu, yang mana amatlah tidak sihat untuk tayar kereta saya. Namun, terpaksa diredah juga demi untuk sampai ke kem itu. Setelah kira-kira 4 km melalui jalan penuh liku itu, dengan izin Allah kami sampai juga pada jam 5 petang. (sepatutnya kami tiba pada jam 12 tengahari..). Alhamdulillah, kami disambut dengan penuh mesra. Saya cuba untuk menyembunyikan perasaan, setelah beberapa kali dinasihatkan oleh Brother Umar, yang juga merangkap co-driver yang banyak menceritakan kisah sirah di sepanjang perjalanan kami. Senyuman saya kelat. Tetapi, saya cuba sedaya upaya untuk meng'ignore' segala perasaan tidak puas hati. Saya benar-benar ingin mengambil manfaat daripada kem ini...